Friday, December 24, 2010

Ke Ris patih Mes!


*Saya ingin bertanya salahkah kita mengucapkan Merry Christmas kepada sesiapa yang menyambutnya? Hanya mengucapkan, tidak pernah terlintas untuk menyambut. Saya tahu hukumnya.

Sudah 25 Disember, kawan-kawan. 6 hari sahaja lagi. Esok tuisyen. Lusa tidur makan tidur. Tulat Nunggeng Reboh ada band camp. Habis 5 hari di situ. Yang saya pasti sangat pantas bergerak. Khamis tidur makan tidur lagi mungkin. Jumaat Sabtu tuisyen lagi. Ahad sudah bersekolah. Sebagai pelajar Tingkatan Lima. Memikul tanggungjawab yang agak berat saya rasa. Menggalas harapan orang ini, orang itu dan diri sendiri. Berusaha untuk menjadi lebih baik. Berazam untuk meninggalkan yang tidak baik. Berusaha mencapai segala yang dihajati.

Mungkin semua pelajar Tingkatan Empat sedang merasakan apa yang sedang saya alami.

Berharap saya dapat berpuasa dan menahan nafsu daripada menghabis setiap petang menghadap TV. Setiap malam membuka laptop untuk Facebook, instead of mencari maklumat pasal pelajaran. Setiap masa online guna phone - mentang mentang phone boleh WiFi. Daripada setiap masa memikirkan tentang abang abang Korea yang sangat handsome. Reality Show mereka yang ada sahaja episod baru setiap minggu membuatkan saya nak je buka youtube. Daripada setiap masa di sekolah yang tidak ada cikgu dihabiskan dengan gosip gosip yang hanya mendatangkan dosa dosa yang tidak tahu sudah banyak mana bertimbun-timbun dan tidak mahu lagi datang lambat ke latihan band, ponteng latihan band, tidak mahu pusing padang. Kan tahun depan senior year, kena cipta memori memori indah bersama sebanyak yang mungkin :')

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Akan mencuba untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang mendatangkan faedah.

O ten is about to leave us.
Oh seriously I tell you. I. AM. NOT. MENTALLY. AND PHYSICALLY. PREPARED. TO. LEAVE. O. TEN. But then, time will not wait for us, right?

P/S : Happy belated birthday, Sister ♥ I know you love me walaupun mencecah K!

Sorry, saya memang emo. Belajar daripada awak awak semua juga.

No comments: